+++ PENJENAMAAN SEMULA +++
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 23 Jun 2025, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim telah dijenamakan semula secara rasmi kepada:
𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠
(Advanced Technology College (ADTEC) Kulim Campus)
Kolej Teknologi Termaju Kampus Kulim (ADTEC JTM Kampus Kulim) merupakan salah satu institusi latihan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Institusi ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Januari 2003.
ADTEC Kulim menawarkan latihan kemahiran berteknologi tinggi dengan kemudahan mesin serta peralatan latihan yang moden dan terkini. Program latihan dirangka bagi melahirkan tenaga kerja mahir berkualiti tinggi serta memenuhi keperluan industri semasa.
Kursus Latihan Sepenuh Masa :
- Diploma Teknologi Mekatronik
- Diploma Teknologi Elektronik
- Diploma Teknologi Telekomunikasi
- Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Die)
- Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Mould)
- Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)